LirikPopular.com

Home arrow News arrow Aliff Aziz mula pikat pendengar
... All Over Again (featuring Royston) Estelle - Dance With Me Estelle - On and On Estelle - I'm Gonna Win Estelle - Freedom (featuring Talib Kweli and John Legend) Estelle ft Kanye West ...
 

Aliff Aziz mula pikat pendengar PDF Print E-mail
User Rating: / 25
PoorBest 
Written by Admin   
Friday, 18 January 2008
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

DENGAN gabungan vokal dan personalitinya, tidak mustahil bagi Aliff Aziz untuk bertahan lama dalam industri hiburan.


LEWAT ini, penyanyi kelahiran Singapura, mula membanjiri Malaysia untuk mempertaruhkan bakat mereka dalam industri muzik di negara ini.

Sememangnya tidak menjadi satu kesalahan untuk memasuki pasaran Malaysia kerana semuanya bergabung di bawah satu rumpun Nusantara.

Apatah lagi, penyanyi yang membawakan lagu-lagu Melayu di negara itu bagaikan terasing di bumi sendiri.

Nama-nama seperti Taufik Batisah, Imran Ajmain dan Hady Mirza sebenarnya menyambung legasi penyanyi terdahulu Singapura untuk terus bertapak dan bertahan lama di bumi Malaysia.

Kini, seorang lagi penyanyi kelahiran bumi Temasek, Aliff Aziz yang sudah pun menarik perhatian pendengar tempatan lewat lagu Sayang Sayang yang dimuatkan dalam album sulungnya, Aliff yang kini sudah pun berada di pasaran.

Mungkin ramai yang tertanya, siapakah empunya vokal Sayang Sayang tersebut dan anak muda berumur 16 tahun ini sebenarnya merupakan juara pertandingan realiti TV, Anugerah yang dianjurkan oleh MediaCorp Corporation yang disiarkan di saluran Suria TV12.

Namun, Aliff Aziz hadir ke persada seni tanah air bukanlah semata-mata hanya mahu mengecap populariti tetapi sebaliknya mempertaruhkan bakat besarnya.

Ini diakui sendiri oleh Pengarah Urusan Sony BMG Music Entertainment Malaysia dan Singapura, Adrian Lim saat diminta pandangannya tentang Aliff Aziz.

“Singapura sentiasa mempunyai ramai bakat-bakat baru tetapi mereka tidak punya peluang untuk merakamkan album. Rancangan Anugerah merupakan satu platform yang cukup baik untuk mencungkil bakat-bakat baru di Singapura,” ujarnya.

Menurut Adrian lagi, pemilihan Aliff sebagai artis baru bukan hanya berdasarkan pada imej dan paras rupa tetapi kerana bakat, minat dan kesungguhan anak muda seusianya dalam bidang muzik.

“Persembahan Aliff Aziz pada malam kemuncak Anugerah tahun lalu bukan hanya berjaya mencuri hati pengundi dan peminatnya tetapi berjaya menambat hati kesemua juri yang membolehkannya dinobat sebagai juara,” katanya lagi.

Bagi empunya diri pula, perasaan terharu dan gembira menguliti dirinya kerana tidak pernah sama sekali menyangka akan diterima menjadi artis rakaman. Lebih-lebih di bawah syarikat rakaman Sony BMG Music Entertainment yang sebumbung dengan Jaclyn Victor, Misha Omar dan Aishah.

“Masa agak terhad untuk saya ber ulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur. Dengan itu, saya banyak membuat latihan di rumah agar saya lebih bersedia untuk membuat rakaman. Malah, pihak syarikat rakaman saya juga telah mengatur kelas vokal bersama Juliza Adlizan,” ujar Aliff mengenai pengalaman merakamkan album sulungnya.

Dengan mempertaruhkan konsep pop, album Aliff mampu memikat pendengar dengan barisan lagu balada dan rancak yang memuatkan lagu-lagu ciptaan komposer terkenal Malaysia iaitu Azlan Abu Hassan, Iman Wan dan juga Neves dari kumpulan Pretty Ugly.

Malah, pemain gitar kumpulan Sofaz, Zimi turut terlibat dalam penerbitan album sulung Aliff Aziz ini. Keseluruhannya, album Aliff mendapat sentuhan 100 peratus dari pengkarya tempatan.

“Saya ingin dikenali kerana bakat saya dan mahu diingati sebagai penyanyi yang punya personaliti yang baik.

“Saya mengharapkan sokongan yang padu dari semua pihak dan berharap peminat-peminat semua dapat menerima kehadiran saya dalam industri muzik. Semoga peminat muzik di seluruh Nusantara dapat menerima album dan diri saya seadanya,” ujar Aliff penuh harapan.

Selain lagu Sayang Sayang, lagu yang dijangka akan mendapat perhatian adalah lagu Nyala, lagu berentak balada yang cukup indah dan menyentuh hati ciptaan Azlan Abu Hassan, manakala liriknya pula oleh Sulu Sarawak.

Bukan itu sahaja, album ini juga turut memuatkan tiga buah lagu lama yang telah diberi nafas baru dan penyampaian tersendiri oleh Aliff Aziz.

Lagu-lagu tersebut adalah More Than Words nyanyian asal kumpulan Extreme dan sebuah lagu Mandarin yang berjudul Tong Hua yang telah dialih bahasa liriknya dan tajuknya bertukar menjadi Cinta Arjuna.

Malah, Aliff Aziz turut menyampaikan sebuah lagu Jepun popular, Only Human yang dipopularkan oleh K dan ditukar tajuknya kepada Harus Ku Teruskan. Lirik bahasa Melayu pula ditulis oleh Ireani Yaacob dan diterbitkan oleh Iman Wan.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album Aliff Aziz adalah Stop!, Ku Sendiri, Ini Satu Kisah, Dia dan Bila Dengan Kamu.

Sumber: http://www.utusan.com.my

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code


Add as favourites (9) | Quote this article on your site | Views: 5200 | Print | E-mail

Comments (6)
RSS comments
1. 19-12-2008 19:04
 
ASKUM SEMUA SYE PEMINAT ABG ALIFF TK THU KNPE SYE MINAT SANGGAT DENGAN ABG ALIFF SO GOD LUCK UNTUK KEJAYA SENI ABG ALIFF..... :) BYE ASKUM
IP: 118.101.30.16
Guest
 
19-12-2008 16;59
2. 19-12-2008 18:57
 
ASKUM SEMUE SYE PEMINAT ABG ALIFF TK THU KENAPE TPI YG JELAS ABG ALIFF THE BEST :)
IP: 118.101.30.16
Guest
 
AFIQAH95
3. 09-12-2008 16:16
 
hello,saya nie memang minat giler ngan abang aliff aziz.saya pun tak tahu kenapa, tapi yang jelasnya aliff aziz memang cute........... 
cayalah bang!be happy always!!! bye! ;)
IP: 219.94.14.66
Guest
 
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
4. 19-03-2008 16:33
 
:zzz best ler lagu aliff.... sha doakan smaga brjya dlm bdang nyanyian dan jga dlam peperiksaan spm!
IP: 60.49.81.176
Guest
 
sha
5. 19-03-2008 16:29
 
:eek
IP: 60.49.81.176
Guest
 
sha
6. 06-02-2008 14:46
 
null :?  
good luck to AliFF sEBab Bleh Buat PeMInAT mAlAYsia SUKA lAGu kAMU
IP: 210.187.69.66
Guest
 
elizawatie_cool

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

Last Updated ( Friday, 18 January 2008 )
 
< Prev   Next >

Song Lyric - Music Lyric

song lyric, music lyric, music, song, free music download, guitar tab, 50 cent, kelly clarkson, record, sheet music, tribute, guitar chord, track, artist, production, singer, tab, tablature, music book, patriotic song, song lyric search, bass tab, music notation, beat, producer, love song lyric

Related Lyric & News

Top MP3 Video

http://topmp3video.blogspot.com offers downloads including dvd to ipod video converter, m4p, mp4 to mp3, zune video converter, mac dvd ripper, avi, mpeg, vob, wmv. Top Viewed Articles. We Pick The Best MP3 & Video Players For 2008 ... These days the iPod is synonymous with portable music and video players

Country statistics this week

This week 's Top 25
 75 % Malaysia (252)
 7 % United States (24)
 2 % Indonesia (8)
 2 % Latvia (8)
 2 % Russian Federation (7)
 2 % Singapore (6)
 < 1.0 % India (5)
 < 1.0 % United Kingdom (5)
 < 1.0 % Brunei Darussalam (4)
 < 1.0 % Japan (3)
 < 1.0 % Canada (2)
 < 1.0 % Germany (2)
 < 1.0 % Ukraine (2)
 < 1.0 % Belarus (Byelorussia) (1)
 < 1.0 % Italy (1)
 < 1.0 % Saudi Arabia (1)
 < 1.0 % South Africa (1)
 < 1.0 % Spain (1)
 < 1.0 % Switzerland (1)
 < 1.0 % Uruguay (1)
205082 visits from 134 countries