LirikPopular.com

Home arrow News arrow Emeelya Elyana Emrizal
... All Over Again (featuring Royston) Estelle - Dance With Me Estelle - On and On Estelle - I'm Gonna Win Estelle - Freedom (featuring Talib Kweli and John Legend) Estelle ft Kanye West ...
 

Emeelya Elyana Emrizal PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Admin   
Friday, 18 January 2008
INTRO

Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai ELYANA (lahir: 1987) merupakan seorang penyanyi Malaysia yang mulai mencebur dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. ELYANA mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi lagu pop Niat yang dimuatkan dalam album komposer tersebut. Lagu Niat yang diputar pada tahun 2001 menjadi antara lagu paling hits sekaligus memperkenalkan Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.

MUZIK

ELYANA muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album SATU pada 2002, kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album SEGALANYA pada 2003. Menerusi album ini, ELYANA membuat eksperimen menerusi muzik pop rock sentuhan TAM SPIDER, berjudul CAHAYA GELITA.

Masih bersekolah di tingakatn 4 ketika muncul dengan 2 album ini,ELYANA menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alampada 2004. Sehingga kini, dia telah merakamkan empat album solo.

Album solo ketiganya, BICARA MATA INI yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama penyanyi ini. Album ini menampilkan banyak lagu hits, antara yang paling diingati ialah lagu TAK TERCAPAI AKALMU. ELYANA dan penerbitnya, AIDIT ALFIAN mempertaruhkan genre muzik yang belainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu TAK TERCAPAI AKALMU, mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke 21 pada Januari 2007.

Rentetan kejayaan itu, ELYANA dan AIDIT ALFIAN kini mempertaruhkan album terbaru berjudul JADI DIRIKU yang muncul pada bulan November 2007. Album ini mendapat ulasan yang baik dari penggiat seni muzik dan juga media di Malaysia. Menampilkan lagu-lagu segar dan unik seperti KAU ATAU AKU (MAIN TARIK TALI) dan kini KALIS RINDU, album JADI DIRIKU menjadi antara album terbaik untuk tahun 2007.

Sekadar info, ELYANA juga vokalis bersama kumpulan rock COCO. Menerusi album Bicara Mata Ini, COCO terlibat secara langsung dalam pembikinannya. COCO pernah mengeluarkan album bersama vokalis lelaki pada 2005, popular dengan lagu BELUM TERPISAH. Setakat ini ELYANA belum pernah merakamkan album penuh bersama kumpulan COCO.Selain itu, ELYANA juga berhubungan baik dengan kumpulan-kumpulan rock underground yang lain seperti HUJAN, MEET UNCLE HUSSEIN, THE FISH, THE TIMES dan MAGGOTS.

LAKONAN

ELYANA juga menceburi dunia lakonan secara serius. Pada mulanya, ELYANA hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan ELLIE SURIATY OMAR pada tahun 2003 berjudul SERIAU. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.

Filem pertama ELYANA ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja - GONG(2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke 19. Turut berlakon dalam filem ini ialah FASHA SANDHA, SHARIFAH SOFIA, JEHAN MISKIN dan aktor Indonesia, TEUKU ZACKY .

Seterusnya ELYANA disunting untuk membintangi filem seram blockbuster berjudul DUKUN. Filem arahan DAIN ISKANDAR SAID ini menjalani pengambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh aktres tersohor Malaysia, UMIE AIDA disamping FAIZAL HUSSEIN, NAMRON, ADLIN AMAN RAMLI dan HASNUL RAHMAT. ELYANA memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan ELYANA dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walaubagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini diharamkan tayangan kerana dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal Malaysia, MONA FANDEY.

Selari dengan 3 produksi drama/filem seram lakonannya, muzik dan imej ELYANA juga tampil ghotik seperti yang ditampilkannya menerusi album BICARA MATA INI dan JADI DIRIKU.

Karier lakonan ELYANA tidak berakhir disitu. Pada 2006, ELYANA berjaya mendapat watak utama dalam siri TV komedi remaja berjudul DUNIA BARU terbitan GRAND BRILLIANCE. Siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV paling tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton. Dalam DUNIA BARU, ELYANA memegang watak utama sebagai SOFIA atau OPIE, seorang gadis biasa yang kasar dan sentiasa merasa dirinya tidak sempurna. Kisah pelajar jurusan kejuruteraan ini juga dibintangi aktor PIERRE ANDRE, WAN ELYAS, RYZAL JAAFAR, QUE HAIDHAR serta aktres ANNE NGASRI, ALMY NADIA dan ANITA BAHAROM. Lagu PAKAI KANTA CINTA dari album BICARA MATA INI dijadikan lagu tema drama ini.

Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, DUNIA BARU dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007. Siri TV ini masih kekal antara program paling tinggi rating di TV. ELYANA juga sudah serasi dengan watak OPIE dalam drama ini.

Tidak hanya di TV, pada Febuari 2008 ini, ELYANA buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem DUNIA BARU THE MOVIE. Filem arahan HITLER ZAMI ini mengekalkan pelakon siri TV DUNIA BARU dengan kemunculan beberapa bintang komedi seperti OPIE ZAMI dan KANCANA DEVI.

Kini ELYANA dikenali sebagai pelakon dan penyanyi rock remaja wanita yang paling popular di Malaysia dengan pencapaian yang seimbang diantara kedua-dua bidang. Dalam usia 20 tahun, ELYANA bakal terus popular dengan imej tersendirinya seperti vokal unik dan bertenaga, sering berkaki ayam di atas pentas, muzik rock yang unik, karekter lucu dalam lakonan serta fesyennya yang popular dan menjadi ikutan muda mudi.

Sumber: http://ms.wikipedia.org

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code


Add as favourites (4) | Quote this article on your site | Views: 232 | Print | E-mail

Be first to comment this article
RSS comments

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Next >

Song Lyric - Music Lyric

song lyric, music lyric, music, song, free music download, guitar tab, 50 cent, kelly clarkson, record, sheet music, tribute, guitar chord, track, artist, production, singer, tab, tablature, music book, patriotic song, song lyric search, bass tab, music notation, beat, producer, love song lyric

Related Lyric & News

Top MP3 Video

http://topmp3video.blogspot.com offers downloads including dvd to ipod video converter, m4p, mp4 to mp3, zune video converter, mac dvd ripper, avi, mpeg, vob, wmv. Top Viewed Articles. We Pick The Best MP3 & Video Players For 2008 ... These days the iPod is synonymous with portable music and video players

Country statistics this week

This week 's Top 25
 69 % Malaysia (271)
 9 % Singapore (36)
 6 % United States (24)
 2 % Indonesia (9)
 2 % Latvia (9)
 2 % India (8)
 2 % Russian Federation (7)
 < 1.0 % United Kingdom (5)
 < 1.0 % Brunei Darussalam (4)
 < 1.0 % Japan (3)
 < 1.0 % Canada (2)
 < 1.0 % Germany (2)
 < 1.0 % Ukraine (2)
 < 1.0 % Belarus (Byelorussia) (1)
 < 1.0 % Israel (1)
 < 1.0 % Italy (1)
 < 1.0 % Saudi Arabia (1)
 < 1.0 % South Africa (1)
 < 1.0 % Spain (1)
 < 1.0 % Switzerland (1)
 < 1.0 % Uruguay (1)
205137 visits from 134 countries