LirikPopular.com

Home arrow News arrow 3 Diva Gaduh Dengan Erwin Gutawa
Katy-Perry.net - Your #1 Katy Perry Fansite With The Best News, Pictures, Downloads, Media, Fan Stuff & More!
 

Music Blogs

Who's Online

We have 5 guests online

Forum Latest

3 Diva Gaduh Dengan Erwin Gutawa PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Admin   
Wednesday, 30 January 2008

3 Diva



Susunan Ellyna Ali

JAKARTA, 14 JAN 2008:   Perselisihan yang tercetus antara komposer dan pengarah muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa dengan 3 Diva Indonesia iaitu Kris Dayanti, Ruth Sahayana dan Titi DJ nampaknya masih belum berakhir.

Malah, ia menjadi bertambah buruk lagi apabila Erwin telah berjumpa sendiri dengan pihak wartawan di sana dan bercerita mengenai apa yang berlaku di antara dia dan 3 diva itu.


"Saya benar-benar tidak sangka Erwin bertindak sejauh ini dengan berjumpa pihak wartawan. Padahal apa yang terjadi di antara kami ini bukanlah sesuatu yang terlalu benar-benar serius.


"Ia hanyalah sekadar salah faham yang terlalu kecil dan boleh diselesaikan di antara kami semua secara internal. Namun, kami tidak sempat kami berbuat demikian, Erwin terlebih dulu sudah pun memanjangkan hal ini kepada pihak wartawan," kata Titi DJ kepada media Indonesia.


"Walau apapun, kami bertiga tetap akan mengambil jalan yang terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul antara kami dengan Erwin.


"Namun bagaimana dan apa caranya, saya masih tidak dapat membuka mulut kerana dalam 3 Diva bukan hanya ada saya seorang. Sebaliknya ia turut digabungi Kris dan Ruth.


"Jadi, lebih baik saya berdiam dulu daripada mengulas lebih lanjut akan hal ini. Saya tidak mahu melanggar kesepakatan dengan 3 Diva.


"Harapan saya cuma satu. Hubungan kami bersama Erwin akan kembali jernih dan pulih seperti sediakala," katanya lagi.


Permasalahan di antara antara Erwin Gutawa dengan 3 Diva - yang terdiri daripada Titi DJ, Kris Dayanti dan Ruth Sahayana - mula tercetus apabila mereka menjayakan Konsert 3 Diva pada malam Tahun Baru di Hotel Grand Mulia Jakarta, baru-baru ini.

Erwin berasakan dirinya dikhianati apabila 3 Diva yang mula dibentuknya bersama Jay Subiakto telah menggunakan susunan muzik ciptaannya tanpa meminta keizinan daripadanya terlebih dahulu. Erwin berpendapat mereka tidak berhak menggunakan konsep 3 Diva itu.

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code


Add as favourites (4) | Quote this article on your site | Views: 95 | Print | E-mail

Be first to comment this article
RSS comments

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Next >

Download Full Album

Related Lyric & News

Download Single Song

Country statistics this week

This week 's Top 25
 56 % Malaysia (388)
 12 % United States (85)
 9 % United Kingdom (61)
 4 % Saudi Arabia (25)
 3 % Indonesia (24)
 3 % India (20)
 2 % Singapore (15)
 2 % Ukraine (12)
 2 % Japan (11)
 < 1.0 % Latvia (9)
 < 1.0 % Russian Federation (7)
 < 1.0 % Korea, Republic of (6)
 < 1.0 % Nigeria (5)
 < 1.0 % Brunei Darussalam (4)
 < 1.0 % Argentina (3)
 < 1.0 % China (3)
 < 1.0 % Czech Republic (2)
 < 1.0 % Germany (2)
 < 1.0 % Hong Kong (2)
 < 1.0 % Moldova, Republic of (2)
 < 1.0 % Netherlands (2)
 < 1.0 % Australia (1)
 < 1.0 % Canada (1)
 < 1.0 % Egypt (1)
 < 1.0 % Luxembourg (1)
197652 visits from 132 countries