LirikPopular.com

Home arrow News arrow Selebriti wanita main bola sepak
Alleycats - Berita Dari Rantau. Alleycats - Dalam Kerinduan. Alleycats - Gerimis Senja ... Farhan - Aku Saja Yang Tahu (Konsert AF4) Farish - Haruskah Diuji ...
 

Music Blogs

Who's Online

We have 6 guests online

Forum Latest

Selebriti wanita main bola sepak PDF Print E-mail
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Admin   
Saturday, 05 July 2008

Oleh Zaidi Mohamad

Selebriti wanita main bola sepak
KENANGAN: Pasukan wanita Hot FM dan Perodua All Stars bergambar bersama selepas sesi penyampaian hadiah.

Perlawanan persahabatan antara pasukan Hot FM dengan Perodua All Star sempena Euro 2008 berlangsung meriah, Ahad lalu

MENGHANGATKAN demam bola sepak EURO 2008 yang baru saja berakhir Ahad lalu, rangkaian radio Media Prima, Hot FM telah menganjurkan perlawanan bola sepak, Hot FM Viva Bola yang membabitkan persaingan sengit di antara pasukan wanita Hot FM menentang Perodua All Star di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 28 Jun lalu.

Menariknya ia tidak membabitkan golongan lelaki yang cukup sinonim dengan sukan bola sepak ini, sebaliknya Hot FM menurunkan deretan penyampai radio wanitanya diketuai Fara Fauzana, Tini, Leya, Anne, Azura dan dimantapkan dengan serangan selebriti seperti Erra Fazira, Didie Alias, Nita, Serina, Farahdhiya, Lin Zulkifli (adik Norzizi Zulkifli), Saida dan Saerah. Jentera pasukan ini dikuatkan dengan jurulatih Norazlina Ahmad Din yang juga isteri kepada Faizal Ismail (FBI).

Ketika inilah, kalau mahu dilihat wajah polos artis tanpa secalit solekan kecuali Serina dan Erra Fazira yang bergegas ke stadium sesudah selesai dengan komitmen kerja masing-masing. Ada artis yang terbabit kalau dilihat di sisi fizikal nampak macam 'lelaki' dan 'ganas' tetapi belum panas dan hangat minit permainan, ada antara mereka yang mula semput dan lelah.

Pasukan lawan, Perodua All Star pula dikuatkan dengan khidmat jurulatih, FBI sendiri dengan paduan kesebelasan utama pemain yang terdiri daripada pendengar setia stesen radio itu. Hakikatnya, pertandingan ini tidak mempunyai niat tersembunyi di antara Faizal dan 'musuh' ketatnya Fara biarpun bermula dengan usikan berbaur cabaran daripada Fara sendiri yang mengatakan wanita juga boleh bermain bola sepak.

Perlawanan yang bermula pada jam 5 petang itu masih diteruskan biarpun hujan renyai membasahi padang. Namun ia tidak sesekali membantutkan semangat serta perjuangan kedua-dua pasukan. Ia berakhir dengan menyaksikan kekalahan pasukan wanita Hot FM tewas di tangan Perodua All Star dengan pungutan dua markah berbalas satu.

TANGKAS: Erra Fazira mengasak bola di tengah padang.
TANGKAS: Erra Fazira mengasak bola di tengah padang.

Kata Faizal, ini bukan persaingan peribadi antaranya dengan Fara, sebaliknya ia dilihat sebagai satu acara khas Hot FM untuk mengekalkan beberapa aktiviti menarik yang membabitkan barisan penyampai dengan pendengar setia stesen radio mereka.

"Semuanya tercetus gara-gara musim Euro 2008 yang sudah pun berakhir pada 29 Jun lalu. Namun kami melihat aktiviti sebegini mungkin dijadikan sebagai acara wajib pada setiap tahun. Jika sebelum ini kami bersaing bermain badminton, tidak mustahil masa depan kami mungkin akan muncul dengan beberapa aktiviti lain lagi.

"Melihatkan barisan pemain saya, ada di antara mereka yang bermain futsal dan nampak 'gagah' tetapi apabila bermain di atas padang bola sepak, mungkin berlaku sedikit kesukaran untuk membiasakan diri. Ada juga yang gementar tetapi nasib menyebelahi kami untuk bergelar juara," kata Faizal Ismail.

Kalau dilihat kepada trek rekod persaingan peribadi Fara dan Faizal, nampaknya Fara tewas lagi di tangan Faizal. Kali terakhir Fara kalah di tangan Faizal ialah menerusi Cabaran Badminton Hot FM AM Krew beberapa bulan lalu. Bagi Fara, dia melihat acara sebegini bertambah menarik apabila membabitkan golongan wanita untuk bermain bola sepak.

"Soal menang kalah bukan persoalan yang perlu dibangkitkan. Biarpun kami kalah di tangan mereka sebaliknya semangat pasukan yang ditunjukkan rakan artis dan pendengar Hot FM yang perlu diberi perhatian. Bayangkan ada antara artis yang terbabit masih terikat dengan komitmen kerja tapi masih sempat meluangkan masa untuk beraksi di padang.

"Menambahkan 'perang' antara saya dengan Faizal ialah apabila isterinya sanggup menjadi jurulatih pasukan wanita Hot FM. Lucunya, dia yang pada mulanya meminta kami berdamai kerana asyik 'berperang' saja termasuk mencabar sesama sendiri. Akhirnya apabila dia melihat keakraban Faizal membimbing pasukan Perodua All Star, dia sendiri menyebelahi saya dan bersedia menjadi jurulatih," usik Fara yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Jin Notti. Filem itu ialah filem pertama yang menampilkan sebagai peranan utama di sisi Mawi dan filem kedua lakonannya selepas Shhhh....

INFO: Hot FM Viva Bola

  • Pada sebelah tengah hari di perkarangan stadium turut diadakan karnival yang dibawakan khas oleh Perodua.

  • Turut diadakan persembahan konsert yang membabitkan persembahan Aizat, Ahli Fiqir dan Altimet sebelum perlawanan bemula.

  • Hot FM juga bersiaran luar konti secara langsung dari stadium bermula jam 12 tengah hari.

  • 10 pengunjung terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi RM100 sekiranya berjaya menyudahkan sepakan penalti melalui gawang gol yang dijaga penyampai Hot FM, AG.

  • AG dan Ikhwan bertanggungjawab mengulas perjalanan perlawanan bola sepak.

  • Didie Alias menyelamatkan maruah pasukan wanita Hot FM melalui sepakan gol tunggal mereka.

  • Erra Fazira hanya sempat beraksi pada separuh masa kedua. Kehadiran Erra Fazira dilihat sebagai penyeri dan aksinya di padang, boleh tahan hebat juga.

  • Anne Hot FM dan Saerah antara selebriti yang cedera di kaki dan diberikan rawatan lanjut.

  • Fara Fauzana hanya mampu beraksi sebagai penyerang di separuh masa pertama dan untuk separuh masa kedua, dia menjadi penjaga gol.

  • Badan Serina berisi kembali, namun tetap datang bermain bola sepak biarpun sibuk dengan penggambaran drama kepolisiannya.

 

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code


Add as favourites (5) | Quote this article on your site | Views: 129 | Print | E-mail

Be first to comment this article
RSS comments

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Next >

Download Full Album

Related Lyric & News

Download Single Song

Country statistics this week

This week 's Top 25
 57 % Malaysia (458)
 12 % United States (96)
 8 % United Kingdom (63)
 3 % India (27)
 3 % Saudi Arabia (27)
 3 % Indonesia (25)
 2 % Singapore (19)
 2 % Japan (13)
 < 1.0 % Ukraine (12)
 < 1.0 % Latvia (10)
 < 1.0 % Russian Federation (9)
 < 1.0 % Korea, Republic of (6)
 < 1.0 % Brunei Darussalam (5)
 < 1.0 % Nigeria (5)
 < 1.0 % China (4)
 < 1.0 % Argentina (3)
 < 1.0 % Czech Republic (2)
 < 1.0 % Germany (2)
 < 1.0 % Hong Kong (2)
 < 1.0 % Moldova, Republic of (2)
 < 1.0 % Netherlands (2)
 < 1.0 % Australia (1)
 < 1.0 % Canada (1)
 < 1.0 % Egypt (1)
 < 1.0 % Luxembourg (1)
197756 visits from 132 countries