LirikPopular.com

Home arrow News arrow Maya umum hari ini
Indonesian Social Community is the largest community in Indonesia, ISC helps the members to share their videos, ... Sayang Sayang. alif aziz. Tags: sayang ...
 

Music Blogs

Who's Online

We have 2 guests and 1 member online

Forum Latest

Maya umum hari ini PDF Print E-mail
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Admin   
Saturday, 05 July 2008
KUALA LUMPUR: Desas-desus pelakon popular, Maya Karin Roelcke, 28, atau Maya, akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki dari Eropah dikenali dengan nama Steve, bakal terjawab hari ini.

Maya dijangka membuat pengumuman penting, terutama berkaitan lelaki pilihan dan tarikh perkahwinannya pada majlis pelancaran laman webnya di pejabat Satu Music Entertainment di Petaling Jaya, pagi ini.

Jemputan ke majlis itu sudah dihantar syarikat pengurusannya kepada semua wakil media, kelmarin.

Sewaktu dihubungi bagi mendapatkan pengesahan mengenai pengumuman bakal dibuatnya, Maya berkata, dia mahu pihak media hadir bagi mendengar sendiri.

 

Begitupun, ketika ditanya pengumuman itu ada kaitan dengan majlis perkahwinannya seperti heboh diperkatakan sekarang, Maya hanya ketawa dan tidak menafikannya.

“Saya tak boleh beritahu sekarang kerana tidak adil untuk wakil media lain. Saya mengharapkan agar Harian Metro boleh hadir sendiri pada majlis itu nanti esok (hari ini),” katanya.

Maya berharap peminat memahami keputusan bakal diambilnya.

“Saya mengharapkan peminat menyukai saya kerana bakat yang saya miliki,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan bakal diambil Maya dilihat satu keputusan drastik berikutan kerjaya seninya kini sedang berada di puncak.

Apatah lagi dia sudah mengesahkan bakal terbabit penggambaran beberapa filem terbaru dan pembikinan album solo kedua diterbitkan komposer terkenal Audi Mok.

Mengulas perkara berkenaan, Maya berkata, perkahwinan tidak akan menjadi penghalang untuk terus aktif dalam bidang seni.

Malah, dia akan terus melaksanakan projek yang sudah diterima sebelum ini.

Sebelum ini, Maya heboh diperkatakan berkenalan rapat dengan seorang lelaki bernama Steve dari Eropah dan bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Hubungan mereka dikatakan berlanjutan hampir empat tahun sebelum disebut-sebut mahu mengakhiri perhubungan dengan ikatan perkahwinan akhir bulan ini.

Bintang utama filem Pontianak Harum Sundal Malam itu turut didakwa memilih Itali sebagai lokasi majlis persandingan.

 

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code


Add as favourites (4) | Quote this article on your site | Views: 50 | Print | E-mail

Be first to comment this article
RSS comments

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Next >

Download Full Album

Related Lyric & News

Download Single Song

Country statistics this week

This week 's Top 25
 56 % Malaysia (405)
 12 % United States (87)
 8 % United Kingdom (61)
 3 % Saudi Arabia (25)
 3 % Indonesia (24)
 3 % India (20)
 2 % Singapore (16)
 2 % Japan (12)
 2 % Ukraine (12)
 < 1.0 % Latvia (9)
 < 1.0 % Russian Federation (9)
 < 1.0 % Korea, Republic of (6)
 < 1.0 % Brunei Darussalam (5)
 < 1.0 % Nigeria (5)
 < 1.0 % China (4)
 < 1.0 % Argentina (3)
 < 1.0 % Czech Republic (2)
 < 1.0 % Germany (2)
 < 1.0 % Hong Kong (2)
 < 1.0 % Moldova, Republic of (2)
 < 1.0 % Netherlands (2)
 < 1.0 % Australia (1)
 < 1.0 % Canada (1)
 < 1.0 % Egypt (1)
 < 1.0 % Luxembourg (1)
197677 visits from 132 countries